Tuesday, March 8, 2011

Technology in sports toward society...

Assalamualaikum..

Dunia sukan masa kini sentiasa mengalami perubahan teknologi demi memastikan kelancaran sesuatu perlawanan. Perubahan ini wajar sejajar dengan perkembangan dunia reka cipta dan inovasi teknologi masa kini.  Namun demikian tidak ramai yang mengetahui kelebihan teknologi dalam sukan terhadap masyarakat. Ada sesetengah masyarakat masih menggunakan sistem lama untuk melatih atlit mereka dan hal ini kerana mungkin disebabkan oleh kurang pengetahuan yang luas tentang teknologi baru.

Berbalik kepada topik asal, kita akan membincangkan bagaimana teknologi dalam sukan dapat diterapkan di dalam masyarakat. Kebanyakkan sukan seperti tenis, olahraga, bola sepak dan kriket telah menggunakan aplikasi teknologi baru bagi melihat bola tersebut " in or out ". Ada juga peralatan yang memudahkan atlit berlatih seolah-olah mereka berada dalam suasana permainan sebenar. Jadi sekiranya alatan ini dapat digunakan dengan betul ia dapat meningkatkan prestasi seseorang atlit. Bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam teknologi sukan, para saintis dan pereka cipta perlulah lebih giat membuat kajian terhadap sukan-sukan yang mempunyai banyak kontroversi untuk menentukan pemenang dalam sesuatu perlawanan seperti sukan mempertahankan diri. Dulu acara ini sukar untuk menentukan mata yang diperolehi kerana para juri sukar melihat sudut tendangan yang menghasilkan mata. Jadi satu revolusi dalam sukan Taekwondo telah dilaksanakan pada sukan Asia baru-baru ini yang mana penggunaan infra-sensor vest yang mana ia akan menjadikan perlawanan itu lebih adil. Alat ini akan berfungsi apabila terdapat sentuhan keras ke atas vest dan ia akan menghasilkan mata bagi pemain. Selain daripada itu pihak media juga perlu lebih proaktif dalam menyiarkan program yang berunsurkan sukan seperti Aktifpedia di Astro. Hal ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan sukan tersebut di negara kita dan bagaimana cara permainannya. Jadi secara tidak lansung ia dapat menggalakkan masyarakat untuk melibatkan diri dalam sukan baru mahupun yang lama.


Selain itu, teknologi dalam sukan dapat diterapkan dikalangan masyarakat melalui proses pengiklanan barangan dan alatan sukan yang canggih. sebagai contoh kasut Nike telah mengeluarkan produk baru yang mana kasut dan wrist band yang boleh merekod kadar nadi latih dan rehat telah berjaya menarik minat masyarakat untuk menggunakannya. Jadi secara tidak lansung masyarakat kita terdidik dengan teknologi dalam sukan yang kebiasaannya mereka tidak mengetahui yang sukan turut mempunyai sejarah perkembangan teknologi yang tersendiri.


Di samping itu juga pihak kerajaan turut boleh membantu memperkenalkan sukan-sukan baru yang jarang dikenali dengan mengadakan siri perlawanan di Malaysia. Sebagai contoh, penganjuran Monsoon Cup di Terengganu telah berjaya membuka mata semua masyarakat bahawa negara kita juga mampu menganjurkan program yang bertaraf dunia sekali gus memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat. ia juga dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat apabila kejohanan ini berlansung dan ini turut meningkatkan ekonomi negara.


Selain itu, penggunaan peralatan canggih seperti treadmill dikomersialkan kepada masyarakat supaya mereka dapat menggunakan peralatan ini untuk menjaga kesihatan.Sebagai contoh kita melihat terdapat beberapa syarikat peralatan kecergasan seperti Takashima berusaha mempromosikan alatan canggih yang dapat membantu masyarakat untuk melakukan aktiviti senaman dengan mudah tanpa perlu keluar mencari masa untuk beriadah di taman. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna dan secara tidak lansung ia juga dapat menunjukkan teknologi dalam sukan semakin berkembang.



NUR AFIFAH BT MOHMED NOR
A129623
freegirl510@yahoo.com




Tuesday, February 8, 2011

Pixa of new tech

Assalamualaikum...

Dis is my fisrt assignment for this subject..Hope all of you enjoy my work...peace



Microsoft SPOT and Suunto n3 Smart Watch review

Setahun yang lalu, kumpulan Microsoft’s Research and Development telah berjaya mereka cipta yang dipanggil Smart Personal Object Technology ( SPOT ) yang mengggunakan signal radio untuk siaran berita, cuaca dan maklumat lain kepada jam ini. Jam ini boleh membantu semua orang untuk mengetahui cuaca persekitaran.



Diaton Tonometer





















Tonometer ini dapat membantu pesakit yang mengalami glukoma di mana ia berfungsi untuk mengukur tekanan saraf anak mata pesakit. Alatan baru ini telah membantu ramai pesakit glukoma berkeyakinan untuk mendapatkan rawatan kerana ia tidak sakit. Alatan ini digunakan di kelopak mata sahaja.









MULTI PURPOSE PEN






Pen ini mempunyai pelbagai kemudahan komputer yang mana ia boleh dijadikan sebagai projektor dan papan kekunci dengan menggunakan cahaya infra sahaja. Ia akan memudahkan ramai pengguna komputer kerana ia kecil, mudah dan praktikal untuk dibawak ke mana-mana.




JET BARU




Ini merupakan teknologi baru yang mana hasil rekaan ini sangat unik seperti ikan pari kerana ia nipis dan masih lagi berbentuk aerodinamik. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan pencemaran bunyi, meningkatkan keupayaan penggunaan bahan bakar, meningkatkan kualiti pemanduan, meningkatkan keselamatan anak kapal dan penumpang, meningkatkan keberkesanan semasa risikan dijalankan, penggunaan kelajuan yang rendah semasa mendarat dan boleh  mendarat di landasan yang pendek.




p/s : the rest i'll upload later...peace